Tuesday, December 30, 2008

BismILLAHirrahmanirrahim....Ya Allah....


Ya Allah, berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk.
Sejahterakanlah kami sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Uruslah kami
sebagaimana orang yang telah Engkau urus. Berilah kami berkah pada apa saja yang
telah Engkau berikan. Jagalah kami dan lenyapkan dari kami berkat rahmat-Mu
kejelekan dari apa yang telah Engkau putuskan.
(Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang memutuskan dan tidak diputuskan atas-Mu.
Sesungguhnya tidak akan menjadi hina orang yang telah Engkau urusi. Dan tidak akan
menjadi mulia orang yang telah Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau. Bagi-Mu segala puji atas apa saja yang telah Engkau
putuskan. Aku meminta ampun kepada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu).
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir, orang-orang musyrik dan orang-orang yang
membuat kerusakan, yaitu mereka yang menghalang-halangi jalan-Mu, mendustakan
para utusan-Mu, dan memerangi para kekasih-Mu. Ya Allah, keraskanlah injakan-Mu
atas mereka dan jadikanlah siksa dan 'adzab-Mu pada mereka. Ya Allah, jadikanlah
berselisih ucapan-ucapan di antara mereka. Ya Allah, cerai beraikan persatuan mereka.
Ya Allah, koyak-koyaklah jama'ah mereka. Ya Allah, goncangkanlah kaki-kaki mereka;
turunkanlah pada mereka siksa-Mu yang tidak Engkau kembalikan dari kaum yang
durhaka. Ya Allah, tolonglah ummat dari pemimpin kami Nabi Muhammad.
Ya Allah, berilah rahmat ummat dari pemimpin kami Nabi Muhammad. Ya Allah,
berilah jalan keluar kesulitan ummat dari pemimpin kami Nabi Muhammad. Ya Allah,
selamatkanlah kami dan orang-orang muslim. Sejahterakanlah kami dan orang-orang
muslim. Peliharalah kami dan mereka dari kejelekan musibah-musibah dunia dan agama.
Ya Allah, kumpulkanlah antara hati-hati kami dan damaikanlah perselisihan di antara
kami. Ya Allah, tolaklah dari kami harga yang mahal, bencana, wabah penyakit,
perbuatan keji, paceklik, kelaparan, fitnah-fitnah, krisis, kemungkaran, pedang-pedang
yang bertentangan, kesulitan-kesulitan dan ujian-ujian, apa yang nampak dari padanya
dan apa yang tidak nampak, dari negeri kami pada khususnya dan negeri-negeri
orang-orang muslim pada umumnya. Sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Kuasa
atas setiap sesuatu.
Mudah-mudahan Allah menambahkan rahmat ta'dhim pada pemimpin kami Nabi
Muhammad, nabi yang buta huruf, pada keluarga dan sahabat beliau dan semoga Allah
menambahkan kemanjaan. Dan segala puji milik Allah, Tuhan seru sekalian alam.

diakhir zaman ini..."ummati,ummati,ummati"...


haruskah tenang dengan setiap fitnah yang melanda diakhir zaman ini....
pelbagai fitnah dan kutukan secara terbuka....
apakah harus kita terus berdiam....
berapa besar dosa kita dengan memalingkan muka....
tanpa usaha untuk menegakkan agama....
walaupun tidak menentang secara zahir....
apakah tidak dengan senjata orang mu'min....
aku menyeru berdoalah untuk agama serta saudara islam....
insyaallah....
hayakallah bil islam,hayakallah bil iman....

Sunday, May 25, 2008

....hArI KeMaTiAn....



Dalam kehidupan manusia yang selalu leka terhadap tanggungjawab dan lalai mentaati perintah ilahi...mereka tidak pernah risau akan kedatangan HARI KEMATIAN.
Justeru itu tidak hairan jika ramai manusia yang masih mampu bersenang
riang dan bergelak ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu
difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia sebenarnya adalah
seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang
bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini
70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh
Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."


Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran
malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai,
sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia,
mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah
tamat.


Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah
yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat
pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau
mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya
tidak tertangguh walau sesaat.


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan
kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang
dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut
datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi
malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga
malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan
bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang
sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.
Firman Allah Taala:

Yang bermaksud:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya
mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat
(pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)

Friday, May 23, 2008

....MeMbInA MaSjId....


MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN........Dalam konteks kebudayaan, perkahwinan adalah satu cara hidup tetapi daripada kacamata Islam ia adalah fitrah dan ibadat. Perkahwinan tidak hanya berupaya memenuhi tuntutan naluri semula jadi manusia, malah menggalakkan kita memenuhi syariat Islam. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya antara kamu rasa kasih dan sayang." – (Surah al-Rum, ayat 21)


Perkahwinan tidak sekadar menghubungkan perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan tetapi kita ditugaskan untuk menjaga amanah supaya mengekalkan silaturahim serta perasaan kasih mesra sesama manusia. Perkahwinan yang wujud daripada rasa kasih sayang sejati ditambah pula dengan pengabdian tulus ikhlas kepada Allah akan menjadikan seseorang berani menghadapi kenyataan hidup, berusaha dan bekerja lebih giat bagi mencapai kejayaan demi memenuhi kewajipan mencari nafkah untuk anak dan isteri. Selain itu, perkahwinan juga mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kemungkaran seperti terbabit dengan seks luar nikah, seterusnya melanjutkan keturunan dan membentuk anak yang soleh.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa dua rakaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat orang bujang". Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Apabila mati seseorang itu, maka terputuslah semua hubungannya kecuali tiga perkara iaitu amalannya, sedekah jariahnya dan anak yang salih." Namun, masih ada beranggapan bahawa perkahwinan yang bahagia hanya akan lahir daripada kemewahan wang ringgit atau banyaknya harta benda dan tingginya darjat seseorang. Sikap itu menyebabkan mereka enggan atau melambat-lambatkan perkahwinan. Alasannya, perkahwinan itu nanti akan membebankan mereka dengan pelbagai masalah ekonomi. Apa lagi pihak wanita hari ini sering meletakkan belanja hantaran terlalu tinggi, menjadikan masalah perkahwinan semakin kompleks.

Alangkah baiknya jika kita kembali kepada konsep Islam yang sering mempermudahkan segala sesuatu bertepatan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Wajib atas kamu memberi nafkah (sara hidup) kepada anak dan isteri kamu serta pakaian dan tempat tinggal yang munasabah." Siti Aisyah menerangkan, Nabi Muhammad SAW amat pengasih dan lemah lembut dalam pergaulan dengan isteri-isterinya. Kehidupan Baginda sederhana, ketika siang hari Baginda tidur di atas tikar yang dijadikan juga tempat bersolat dengan beralaskan kain lilitan serban. Keghairahan memburu corak kehidupan moden serta sikap mementingkan kebendaan menjadikan sebahagian kita terpedaya dan hanyut dalam gelora cinta melulu serta penuh tipu daya, kemungkaran tanpa ingin mengakhiri perhubungan itu dengan ikatan perkahwinan yang halal. Justeru, berlaku kisah tragis kekecewaan gadis yang ditinggalkan kekasih lalu dilanda kebuntuan dan dilema. Semuanya itu dapat dielakkan jika mereka mempunyai kepercayaan kepada nilai Islam yang membatasi had dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ketika hampir menyembahyangkan jenazah seorang sahabat meninggal dunia, salah seorang yang hadir dalam kumpulan itu bertanya: "Wahai Rasulullah, sahabat kita yang meninggal dunia ini memang terbilang kebajikannya sewaktu hidup, ia bersolat, berpuasa, bersedekah serta melakukan segala kebajikan, bagaimanakah pandangan tuan terhadapnya? Maka Rasulullah SAW menjawab: Sesungguhnya aku mengetahui akan kebajikan yang dilakukan olehnya, tetapi aku sedih kerana akan berkuranglah martabat pandangan Allah terhadap dirinya lantaran dia meninggal dunia dalam keadaan bujang."

Alangkah baik jika kita mengetahui bahawa sebarang bentuk pencarian rezeki yang halal daripada keringat seorang suami serta keredaan seorang isteri menerima hakikat kehidupan bersama suami adalah ibadat yang akan diberikan ganjaran pahala besar daripada Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila seseorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa Ramadan, memelihara kehormatan serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah di masuk ke syurga dari sebarang pintu yang ia kehendaki." Seorang isteri yang ikhlas serta penuh reda menyambut kepulangan suaminya dengan senyum manis lalu menghulurkan segelas minuman melepaskan dahaga, maka pahalanya sama seperti pahala seseorang yang menunaikan umrah. Eloklah kita renungkan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat manakala perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat pula."

Friday, April 11, 2008

Monday, April 7, 2008

islam dihina LAGI.....



anda seorang MUSLIM....
ISLAM dihina lagi....
mengapa harus kita berLEMBUT....


tiada jalan lain yang MAMPU kita lakukan....


boikotLAH....

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat

Wednesday, April 2, 2008

Airmata rasulullah sallallahu alaihi wasallam.....

Dimana-mana sahutan maulidur rasul kita dengari,serta qasidah-qasidah dilaungkan, malah dengan suara yang amat lunak...apakah kita sedar dan meneliti jasa dan cinta rasulullah kepada umatnya....
Sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan
Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi
itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
"Wahai umatku, kita semua ada didalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah
kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap
sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hamper selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang
terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?"
tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bi al- sholaati, wa Maa Malakat Aimaanukum, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii,
ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia paling mulia yang memberi sinaran itu. Kini,mampukah kita mencintai
sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.Adakah salah? cara kita
membalas cinta rasulullah SAW dengan menyambut
hari kelahiran beliau....fikirkan.....???

Tuesday, April 1, 2008

Renungan

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi. Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian. Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhlukNya, penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W. dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya dan pengikut-pengikutnya.
Ketahuilah ~ Wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu, yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan seandainya Engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dikalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak-peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian. Ketika guru yang mengajarmu itu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperti sabda Rasulullah S.A.W.:
مَن أعانَ على معصيةٍ ولو بشطْرِ كلمةٍ كان شرِيكاً له فيها.
Ertinya: “Siapa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi di dalam melakukan maksiat tersebut.”