Friday, May 13, 2011

...MANISnya perCINTAan...

Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, Bagaimanakah kasihmu terhadapku?

Seperti ikatan simpulan tali, jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, Bagaimana keadaan simpulan itu? dan jawab baginda Demi Allah, masih sama (kukuh)

Siapakah kita golongan insan hakikatnya tiada yang sempurna….tapi hakikatnya terlalu sukar menepis keinginan rasa hati mencapai kesempurnaan dalam kehidupan, dalam apa jua perkara...Pernahkah terasa seolah-olah ada sahaja halangan, penghalang, gangguan yang mengeruhkan keadaan seketika perjalanan dipertengahan jalan?

Itulah ujian….selagi mana bernamanya kita insan, manusia dan merupakan khalifah Allah di atas muka bumi ini, selagi tu takkan terhenti ujianNya untuk hamba-hambaNYA…..


No comments: